Tuesday, February 15, 2011

SALAM MAULID AR RASUL 1432H



Assalamualaikum semua..

Setelah berminggu-minggu tidak update entry di blog ini, ingin sekali aku mencoretkan sesuatu. Kebetulan bersempena dengan kedatangan Sambutan Maulidurrasul pada tahun ini, izinkan aku menulis sepatah dua kata..

Bila kita membicarakan soal Maulidurrasul, kita tidak dapat tidak pastilah akan membicarakan tentang satu susuk tubuh Baginda Yang Mulia Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W yang bukan sahaja disanjungi kita ummatnya malah disegani juga oleh lawannya..

Yang berada di tangga pertama "100 Lelaki Paling Berpengaruh dalam Sejarah Dunia". Yang para orientalis juga terpaksa akur atas keluhuran budi pekerti baginda. Yang kelahirannya saja sudah menggemparkan dunia bilamana Api Sembahan Majusi telah terpadam setelah 1000 tahun tidak pernah terpadam, 14 tiang Istana Qisra Parsi runtuh dan lain-lain tanda yang membuktikan kelahiran manusia agung ini..

Dan selalunya pengkajian tentang Rasulullah ini meliputi 3 aspek;

1. Suratihi
Yang bermaksud gambaran luaran baginda. Bagaimana janggut baginda, bagaimana rambut baginda, bagaimana baginda berpakaian dan lain-lain lagi.. Kitab Syamail Muhammadiah karangan Imam At-Tirmizi merupakan salah satu rujukan yang terbaik untuk kita mendalami tatacara kehidupan baginda Rasul S.A.W

2. Sariratihi
Yang bermaksud pemikiran atau perasaan baginda. Bagaimana Rasulullah itu menjadi suri teladan yang terbaik kepada kita ummatnya. Yang bagaimana baginda bukan sahaja begitu gagah di medan perang, tetapi juga suami dan ketua keluarga yang penyayang. Bagaimana ibadah baginda, bagaimana taqarrub baginda dan lain-lain lagi..

3. Siratihi
Yang bermaksud sirahnya.. Bagaimnana susur galur perjuangan baginda,sebermula dari kelahirannya hinggalah kepada kewafatannya. Bagaimana baginda membentuk komuniti masyarakat Muslim ditengah-tengah kejahilan bangsa arab yang totok, jumud, assobiyah dan lain-lain sifat jahiliyah.. Justeru penting untuk kita mendalami sirah baginda Rasul S.A.W...

Semoga dengan kedatangan Maulidurrasul yang disambut saban tahun ini akan meningkatkan rasa kasih dan sayang kita kepada Baginda.. Dimana kita sangat mengharapkan syafaat baginda di hari yang tiada berguna anak pinak harta benda dan rakan taulan..

Sollu 'ala Rasulillah, Habibil Mustofa..

Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad, Wa 'ala Alihi Wa Sohbihi Ajma'in...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK