Tuesday, March 15, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA



Sabtu lepas bertempat di Ceter Square Sungai Petani, Kedah.. Aku dan member kamceng aku Anas Baharon pi tengok filem yang kononnya hebat ni kat sana.. Start muvie kol 3.45pm sampai 5.45pm..

Masuk-masuk dalam panggung ja, pergh penuh kot.. Full house, sampai ke depan-depan tu pun orang duduk.. Aku akui aku masuk selepas beberapa minit filem bermula.. Tau-tau si Merong(Stephen Hughes Rahman) ni dah di lempar ke tengah gelanggang untuk bertarung..

SINOPSIS

Kisah bermula bilamana seorang penjenayah dikehendaki Merong Mahawangsa telah berjaya menarik perhatian Putera Raja Rom, Marcus untuk menemani beliau ke tanah tidak beraja di semenanjung emas.. Untuk berkahwin dengan puteri China dengan tujuan mahu disatukan kedua-dua empayar ini..

Namun hasrat itu tergendala apabila rombongan mereka di serang oleh sekumpulan puak lanun Geruda yang akhirnya berjaya menculik sang puteri. Merong diselamatkan oleh orang asal pulau tersebut dan akhirnya menjadi raja di tanah yang bernama Langkasuka itu. Dan perjuangan menuntut kembali puteri telah membawa kepada kamatian si Merong..

ULASAN

Kenapa hangpa semua kena pi tengok filem ni??

1. Penggunana CGI yang awesome untuk filem Malaysia.. Bangga kot filem Malaysia boleh buat macam ni. Sekalung tahniah untuk Yusry selaku pengarah dan KRU selaku penerbit.

2. Lakonan berkarekter oleh pelakon2 yang memang disegani di tanah air ini.. Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Dato' Rahim Razali dan lain2.



3. Terselit elemen percintaan antara puteri cina dan putera rom. serta antara Embok (Ummi Nazeera) dengan Merong. Ummi nampak innocent sangat haha..

4. Kostum, busana, setting tempat dan penggunanan props yang menyebabkan hangpa percaya ni filem sejarah.

5. Jalan cerita yang simple tapi padat dan menuju ke tajuk. Takdak belit2.

6. Sedikit elemen2 sedih yang akhirnya berjaya membuatkan sorang kak yang dok sebelah aku menganis.. haha

7. Aksi fighting dan darah bersemburan yang awesome haha..

8. Skrip dia, pergh sastera habis..

Dan apa yang spoil untuk filem ni??

1. Ada elemen2 lawak dia yang pada aku tak kena dengan situasi. Contohnya pembantu tuan putri yang berpura2 mati ketika suasana peperangan.

2. Merong agak terperangkap denagn watak "nakal" yang dibawa, sedang dia sepatutnya lebih berwiabawa. Tapi ni just pendapat peribadi ja. No offence..

3. dan pertukaran diantara babak tu agak meleret sket. Macam kalau scene cerita meleret ja. And foghting pun sampai dah jenuh tunggu, tak mati2 gak..



But ni just pendapat peribadi.. Kawan aku kata tak best. Tapi aku kata best.. Nak kata best sampai best sangat tu tak laa.. Tapi nak kata tak best sampai tak best sangat pun tak jugak.. So hangpa kena mai tengok sendiri laa..

Jom support filem Malaysia ni.. Aku kata filem Malaysia bukan filem Melayu sebab lebih 70% penggunaan bahasa inggeris di dalam filem ni berbanding bahasa melayu. Semua kerana tuntutan watak dan mahu menarik penonton luar..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK