Tuesday, March 8, 2011

PENGAJARAN DARI PERISTIWA BAGINDA DIHALAU DARI TAIF



Dua pengajaran penting yang dapat diambil dari peristiwa ketika baginda Rasulullah S.A.W sedang berehat di sebuah bukit selepas dihalAu keluar dan dibaling batu oleh penduduk Taif hingga berdarah-darah tubuh mulia baginda..

Pertama jangan pernah bergantung harap pada makhluk, rintihan dan pengharapan hanyalah pada Allah.. Kerana bergantung pada pada manusia kelak hnya mengundang kecewa.. Kedua, jangan salahkan manusia lain atas sesuatu musibah, sebaliknya sandarkan kepada kelemahan diri..

Masya Allah satu akhlak yang sangat indah yang ditunjukkan Nabiyyina Wa Habibina Wa Syafiina Muhammad S.A.W

Disaat Jibril A.S menawarkan untuk menghempap penduduk Taif yang biadap dengan bukit yang ada disisi, Baginda hanya mengatakan "Mungkin mereka menolak dakwahku, namun aku berdoa anak cucu dari keturunan mereka akan mengikutiku kelak"...




Disaat itu baginda berdoa.. Tak pernah pun baginda menyalahkan penduduk Taif atas kebiadapan mereka.. sebaliknya baginda mengadu tentang lemahnya diri baginda untuk berdakwah malah mendoakan agar keturuanan mereka memeluk Islam.. Masya Allah.. akhlak yang sangat indah..

Mengharap pada makhluk hanya akan mengundang rasa gundah dihati.. Menghadirkan rasa was2 dan syak wasangka yang bukan2.. Teman yang baik belum tentu dapat membantu saat diri memerlukan..

4 comments:

Bisnes Topup said...

begitulah budi pekerti Nabi s.a.w yang perlu kita ikuti..tak pernah menyalahkan org lain..mmg sangat disanjung

PiDoT_OtAi said...

moga Allah bagi kekuatan untuk teruskan sunnah baginda.. Sollu 'ala Nabi...

Misssurvivor said...

thax sahabat... sedikit sebanyak terkesan di hati ini... ni y sayg u lebih ni haha...

PiDoT_OtAi said...

naimah : haha thanks sayang saya lebih ahha.. kontroversi ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK