Friday, March 4, 2011

KULIAH TAFAQQUH DENGAN SYEIKH NURUDDIN




Insya Allah pada hari Ahad ini (6/3/2011) bertempat di Ruang Solat Utama Masjid Sultan Ismail Universiti Teknologi Malaysia, akan diadakan kuliah talaqqi dua kitab bersam dengan Tuan Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.. Bermula dari selepas subuh hinggalah sebelum maghrib..

Dan dua kitab yang akan sama-sama dibedah oleh beliau adalah:

1)Kedudukan Ilmu dan Ulama'
2)Pesanan-pesanan penting

Tuan syeikh adalah seorang ulama kontemporari nusantara yang menjadi pakar rujuk dalam permasalahan melibatkan umat Islam di Nusantara ini..



Sedikit tentang biodata tentang Tuan Syeikh Nuruddin

Al-Fadhil Syeikh Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib berasal dari Banjar Masin. Dilahirkan di sebuah desa bernama Harus Amuntai pada 1 September 1960 M. Beliau dan keluarganya kemudiannya menetap di tanah suci Makkah pada tahun 1974. Madrasah Shaulathiah adalah tempat beliau menimba ilmu pengetahuan di sana. Pada tahun 1982 beliau menamatkan pengajian di Madrasah Shaulathiah dengan keputusan cemerlang (mumtaz).

untuk bacaan lanjut, klik disini

Insya Allah marilah sama-sama kita meluangkan masa untuk bersama dengan ulama yang disegani ini.. Mendengar ilmunya dan berdiskusi, semoga apa yang kita lakukan ini akan mendapat rahmat dari Allah dan dikira sebagai kebajikan diakhirat kelak..

2 comments:

Mohamadazhan.com said...

salam otai

menarik ni, jangan lepaskan peluang utk ikuti kuliah tuan guru :)

PiDoT_OtAi said...

itu laa.. doakan ye akhi.. semoga Allah bagi kekuatan untuk ikut serta esok..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK