Thursday, March 24, 2011

PERUTUSAN SEMPENA HARI LAHIR AKU YANG KE-24



SELAMAT HARI LAHIR.. SELAMAT HARI LAHIR.. SELAMAT HARI LAHIR PIDOT.. SELAMAT HARI LAHIR.. YEAH.. hehe

Alhamdulillah setinggi2 kesyukuran aku hadratkan buat Allah Rabbul Jalil kerana masih lagi memberi aku kesempatan untuk terus hidup dan berfungsi sebagai manusia dalam kerangka aku sebagai hamba-NYA untuk mencari keredhaan Allah.. Setinggi2 syukur atas segala nikmat yang telah diberi dan kejayaan yang menanti.. Alhamdulillah

Semakin meningkatnya usia membawa aku lebih mengerti akan tanggungjawab hidup yang bakal dipikul.. Semakin menyedarkan aku bahawa kematian itu semakin hampir setakah demi setakah.. Membuat aku insaf akan hakikat diri yang lemah..

Matlamat hidup sudah jelas samada ketika belum bermula kehidupan atau setelah berakahirnya misi sebagai khalifah Allah.. Cumanya di tengah2 perjalanan ada langkah2 yang tersasar yang terkadang membawa kita jauh dari lebuhraya kebenaran..



SEPOTONG DOA BUAT TATAPAN SEMUA..

Ya Allah aku hamba-Mu yang lemah.. Tiadalah aku berdaya untuk terus kekal dalam ketaatan kepada-Mu atau mengelakkan diri dari melakukan maksiat melainkan dengan bantuan-Mu jua Ya Allah.. Bantulah hamba-Mu ini

Ampunkanlah aku Ya ALlah hamba-Mu yang lemah tiada daya, yang hina dina ini atas segala perlakuan dosa yang telah sedang dan akan aku lakukan.. Samada yang terang atau yang tersembunyi atau yang Engkau Ya ALlah terlebih mengetahui dari diri aku sendiri.. Astaghfirullah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK