Friday, March 25, 2011

KECIL BESAR SESUATU MASALAH


Sedang memotivasi diri dengan mengambil pengajaran dari pengalaman orang lain.. Semoga anda sekalian dipermudahkan Allah jalan keluar dari masalah..

SetiAp dari kita ada masalah masing2.. Dan cara seseorang melihat sesuatu masalAh mungkin berbeza dari yang lain.. mungkin masalah yang kecil pada pandangan kita, besar pada pandangan orang lain dan begitu juga sebaliknya..

Kenapa kita diuji?? Pertama untuk mengetahui tahap iman seseorang hamba.. Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3)

Keduanya kerana kehidupan dunia ini sememangnya tempat ujian kerana Allah tidak menjadikan kita secara sia-sia. Allah ta’ala berfirman : “Maka apakah kamu mengira bahwa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main (saja) dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al Mukminun: 56)



Dan setiap dari masalah ini tidak ada jalan penyelesaian yang spesifik dan rigid.. Kerana ianya bergantung kepada seseorang individu bagaimana dia mahu menghadapi dan menyelesaikan masalah tersebut..

Apapun berbaik sangkalah kepada Allah.. Kerana Dialah jua yang mentakdirkan akan kia masalah tersebut. Dan hanya kepada Dialah yang kita kena minta pertolongan.. Semoga Allah permudahkan segala urusan kamu.. Amin...

1 comment:

my5xurra said...

as salam.. nk share yg entry ni kt blog bulehh? syukran.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK