Wednesday, June 29, 2011

DAN AKHIRNYA.. AKU MENANGIS

Setelah beberapa lama tenggelam dalam perasaan sendiri.. Tergantung antara ke'blur'an dan ke'confuse'an tahap maksima, akhirnya aku menangis.. Bukan kerana sedih atas apa yang telah terjadi, tetapi kerana aku telah menipu diri aku sendiri..

Menipu hati dan perasaan aku sendiri.. Menipu orang lain disekeliling dengan mengatakan aku okay sedang hakikatnya aku tidak.. Menipu atas nama kebaikan untuk semua.. Menipu dan terus menipu akal dan pancaindera..

Setelah lama mengempang perasaan, hari ini pecah juga tembok itu.. Namun syukurlah kerana ia pergi membawa sebahagian besar dari kenangan yang cuba aku lupakan.. Yang tersisa itu biarlah aku simpan sendiri buat pengajaran dihari muka..

Mungkin aku hanya watak Muazzam yang singgah dalam hidup Sumayyah untuk membawa Sumayyah mengenali Naufal.. Atau aku hanya Afnan yang pernah hadir dalam hidup Sumayyah untuk menabur kenangan indah lalu meninggalkannya untuk seseorang 'yang lebih baik'.. (Sila rujuk novel "Salju Sakinah" karya tulisan Zaid Akhtar untuk kefahaman lanjut)

Sindrom penafian telah memerangkap aku jauh dalam perasaan sedih dan kecewa.. Membawa aku semakin jauh ke dalam 'gua' ciptaan aku sendiri.. Walau seterang mana cahaya nasihat dari kawan-kawan yang sedang menunggu di pintu 'gua', aku takkan dapat melihatnya kerana aku terus menuju ke dalam 'gua' tersebut..

Sekarang menjadi tugas aku untuk berpatah balik, mencari semula jalan pulang dan jalan keluar agar tak terus tersesat lagi.. Dan dengan tangan aku sendiri dan dengan keinginan aku sendiri..

Buat sahabat-sahabat yang sentiasa bersama, jazakallah hu khoiran kathira aku ucapkan.. Terima kasih kerana mahu terus mendokong aku keluar walau aku hampir lumpuh tak dapat berjalan.. Insya Allah aku sedang cuba untuk berjalan sendiri..

Terima kasih kerana sudi menunggu untuk bersama-sama kita bersaing berjalan semula.. Allah jualah yang mengganjarinya...

5 comments:

Adam Aizad said...

besabarlah setiap yang berlaku ada hikmahnya

ademncats

PiDoT_OtAi said...

thanks bro.. hehe.. selama ni pandai jaa dok nasihat orang pasai cinta.. last2 kena kat diri sendiri.. terduduk bro.. huhu

Misssurvivor said...

sesekali berhibernasi is okay.. =)

SheyPull said...

nak kew? p carik tutorial dia..:)
aku pun org yg buatkan..heheh


JOM singgah blog saya nak...wordless wednesday : jgn U turn la..kan dah cakap...

PiDoT_OtAi said...

naimah : hehe.. dah lama kot berhibernasi.. aku rasa cukup dah aku tipu duru sendiri.. nak kena bangkit keluaq tgk dunia luaq..

epul : tq2 bro.. takpa aku dah wat dah kat tepi tu.. ce try like hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK