Monday, June 27, 2011

PERASAAN KU SAAT INI

Sesi ni sesi melepas perasaan.. Bagi anda yang tak punya masa sila jangan baca ye.. Post luahan hati ni huhu..

Aku sendiri tak tau kat mana aku nak letak perasaan aku pada ketika ni.. Seolah-olah aku berada di dunia aku sendiri. Dan aku lihat orang lain melakukan aktiviti mereka tanpa menghiraukan keadaan aku.. Aku menjerit merintih, tapi tiada siapa yang nak menyahut atau mendengar.. Kerana aku halimunan bagi mereka.. Itu apa yang aku rasa pada masa ini..

KECEWAKAH aku????
Ya sebagai manusia yang ada hati dan perasaan aku rasa aku berhak untuk merasa kecewa.. Tapi untuk apa aku terus berkecewa andai apa yang telah ditakdirkan akan terus terjadi.. Time never goes back bro.. Siapa aku untuk melawan kehendak takdir...



Perlukah aku MARAH??
Ya sebagai manusia lelaki yang ada ego aku rasa aku berhak merasa marah.. Tapi untuk siapa marah itu mahu dihamburkan?? Dan kenapa perlu marah.. Aku tidak mahu menjadi seBANGSAT manusia yang ego mahu menongkat takdir dari langit.. Kenapa perlu marah untuk sebuah kebaikan yang sedang dirintis jalannya...


Terasa pukulan takdir kali ini betul-betul buat aku lemah longlai jatuh terduduk.. Terlalu berat untuk mengempang kecewa setelah sekian lama menaruh rasa.. Aku semakin tenggelam dalam perasaan sendiri.. Menangis sendiri mengenang nasib diri yang nampaknya kurang menyebelahi kehendak hati..


Lalu apakah perasaan aku pada ketika dan waktu ini??

Ya Allah wahai Tuhan sekalian alam.. Tuhan yang aku sembah dulu kini dan selamanya.. Janganlah Engkau tanggungkan beban yang tidak bisa aku menanggungnya.. Janganlah Engkau uji hatiku ini dengan ujian yang aku tak mampu hadapinya.. Aku cuba untuk ikhlas Ya Allah.. Bantulah hamba-Mu ini untuk terus menjaga keikhlasan ini...

6 comments:

Misssurvivor said...

Tiada bumi yang tidak dapat menampung langitnya,dan tiada juga makhluk yang tidak dapat menampung sesak hatinya. Hanya kerana manusia dikurniakan nafsu dan akal untuk berfikir, kekadang kite menjadi kurang waras, yakinlah pada pertolongan dari tuhan.. Aku doakan sahabatku sekeping hati yang sabar dan cekal.amin =)

Cik Bucken said...

tidak akan diuji seseorang itu melainkan ujian itu mampu ditanggung oleh manusia tersebut..Allah Maha Mengetahui dan sebaik2 perancang

PiDoT_OtAi said...

naimah : thanks sis.. nyesal gak aku tak ikut cakap ang dulu.. kan dah melepas.. huhu

cik bucken : thanks ye.. doakan saya

Misssurvivor said...

jodoh itu di tangan tuhan.. aku baru menyedari bahawa pengharapan pada manusia lain tidak dapat menjamin kebahagiaan..Aku jugak baru belajar bahawa hanya pengharapan yg diletakkan pada tuhan mampu memberi sinar kegembiraan.. manusia hanya merancang namun tuhan y menentukan kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untukmu.Psti ada hikmah disebalik apa yang telah terjadi. Limau yang kau rasa manis hari ini mungkin sebenarnye masam tika iya telah masak setelah kau simpan serta jaganya di pokok sana.. Allah mahu berikan mu kemanisan yang tiada henti.. Bersyukurlah segalanya telah berakhir kerana Dia tidak mahu masamu terbuang begitu sahaja cuba melukis corak yang salah di kanvas kehidupanmu.. Aku doakan yang baik-baik sahaja untukmu wahai saudaraku.. Kuatlah.

SheyPull said...

moga segala usha kite dipermudahkan..:)



JOM singgah blog saya nak...Benci r aku dokter tu...ubat? lagi la

PiDoT_OtAi said...

makasih bro.. dah singgah dah.. siap komen lagi tu hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK