Saturday, June 11, 2011

REVIEW FILEM KL GANGSTER


Woohoooo.. Dah tengok filem KL Gangster??? Pergh memang terbak dari ladang dan lautan dalam sentuhan terbaru pengarah muda Shamsul Yusof untuk filem kali ni.. Selain jalan cerita yang mantap, filem ni tidak menggunakan heroin sebagai penarik dan aksi fighting dia memang membawa tanda aras baru untuk filem aksi Malaysia..

Filem berdurasi 1 jam 21 minit ni membawakan kisah gangster di KL yang berebut kawasan, fighting2, minum2, tak puas hati, tembak2 dan bunuh2.. haha.. ni sinopsis dia.. Klik sini



5 sebab kenapa anda kena menonton filem ni:

1. Koreografi untuk aksi fighting yang sangat pergh.... Steady but look real.. Teknik shoot camera yang berubah menampakkan seperti benar sekali kejadian

2. Jalan cerita yang mantop.. Anda akan faham dari awal sampai habis apa yang terjadi dan kenapa kejadian itu terjadi..

3. Takdak heroin yang 'dijual' untuk filem ni.. Ada babak2 awek chikaro 2 3 kali tapi setakat itu je laa..

4. Mendedahkan permasalahan sebenar masyarakat melayu tertindas di bandar.. Bagaimana orang jahat menjadi jahat.. Kisah disebalik keluarga yang pincang..

5. Ada sedikit elemen drama keluarga diselitkan di tengah sesak nafas tengok aksi pertarungan..



Dan memang korang akan rasa meluat gila dengan mamat poyo Shamsul Yusof yang membawa watak Shark.. haha.. Menjadi betul.. Badan ketak Ady Putra dan Aaron Aziz ditambah dengan aksi pertarungan fist yang boleh tahan mengingatkan aku babak pertarungan antara Vin Diesel n The Rock dalam Fast Furious 5..

Yang menarik tentang watak Jai yang dibawa Adi Putra, rokok sentiasa kat mulut tapi dia tak nyalakan pun haha.. Penjiwaan watak oleh Sofie Jikan yang memebwa watak Ajib sgt pergh kagum aku haha..

Klik kat sini untuk tengok trailer filem ni..


Apapun ni adalah pandangan penulis sendiri.. PEKIDA marah kat pengarah, baca kat sini.. nak tau lebih lanjut korang layan jaa sendiri.. K sampai situ saja. Adios bro

1 comment:

PiDoT_OtAi said...

khabarnya dah cecah kutipan rm11juta untuk filem ni.. filem melayu pertama lepasi tabooo rm10 juta kutipan dalam masa seminggu tayangan.. dan khabarnya jugak pengarah filem ni, Shamsul Yusof nak buat prekuel filem ni berikutan sambutan yang hebat dari penonton.. jom sama2 kita nantikan.. tahniah bro!! hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK