Sunday, July 10, 2011

ANTARA PENYEBAB HILANGNYA PAHALA AMALAN


Salam semua sahabat blogger.. Sekadar perkongsian untuk renungan kita bersama..

Ramai dari kita yang boleh melakukan ibadah, tak kiralah ibadah wajib atau sunat.. Tapi tak ramai dari kita yang boleh menjaga keikhlasan ketika melakukan ibadah.. Berikut merupakan antara penyebab bagaimana pahala amalan kita boleh hilang..

Renungilah firman Allah yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima) seperti or ang yang menafkahkan hartanya karena riya’ kepada manusia dan tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan or ang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah kemudian batu itu ditimpa hujan lebat lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak berkuasa sedikit pun dari apa yang mereka usahakan dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.” (QS. Al Baqarah : 264)

1. Syirik kepada Allah
Syirik bermaksud mempersekutukan Allah.. Samada secara terang-terangan atau secara sembunyi-sembunyi.. Contoh.. seorang ni melakukan amalan banyak dah, jaga elok semua amalnnya, tapi boleh pi percaya kat bomoh dan benda-benda khurafat.. Hilang pahala amalannya..

2. Riya'
Bermaksud mencari sebarang penghargaan di hati manusia sehingga dengan itu akan dapat mencapai pangkat dan darjat.. Rasulullah lebih takut kepada perasaan Riya' ini dari fitnah Dajjal..

3. Mengungkit dan Menyakiti Hati orang lain
Ni pun satu penyakit dalam masyarakat.. Suka mengungkit-ungkit kebaikan yang pernah dia lakukan kepada seseorang.. Dan kemudian bila sudah diberi, dia bercakap pula untuk meyakitkan hati orang yang menerima bantuannya..

4. Meninggalkan Solat Asar
Kerana solat asar ni adalah solat yang utama.. Kita seringkali sibuk pada waktu ini dan kadangkala mengabaikan solat..

5. Kita berkata "Dosa kamu tidak akan diampunkan sampai bila-bila" atau " Kamu tidak akan dimasukkan dalam syurga"
Ini adalah kebiasaan orang Arab, mereka menyumpah yang buka-bukan ketika marah.. Sahabat nabi, Abu Hurairah pernah menasihati seorang Tabi'in tentang perkara ini.. Kerana ini adalah hak Allah.. Hanya Allah berhak menentukan nasib kita semua di akhirat nanti..

Semoga menjadi renungan kita bersama.. Sama-sama kita muhasabah diri dan berubah ke arah yang lebih baik..

3 comments:

Mohamadazhan.com said...

moga sentiasa ikhlas dalam kehidupan =)

PiDoT_OtAi said...

amin.. insya Allah.. jom sama2 kita doakan.. semoga Allah berikan kekuatan

Saiful Bakhtiar said...

sama2 lah kita beribadat dgn ikhlas

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK