Thursday, July 7, 2011

JEREBU MELANDA UTARA SEMENANJUNG



Indeks bacaan udara di negeri-negeri sebelah utara semenanjung Malaysia menunjukkan bacaan sederhana.. Ini berikutan kebakaran hutan yang berlaku di Pulau Sumatera, Indonesia..

Jerebu boleh diukur menggunakan indek pencemaran udara (IPU). Pengelasan kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:-

Nilai IPU Kualiti Udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak Sihat
201 - 300 Sangat Tidak Sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat Berbahaya
Lebih 500 Darurat

Jerebu akan menyebabkan:-

  1. Sakit tekak
  2. Batuk
  3. Lelah dan asma
  4. Masalah pernafasan
  5. Mata merah dan berair
  6. Gatal-gatal


Tips menjaga kesihatan semasa jerebu:-

  1. Kurangkan aktiviti luar
  2. Pakai topeng apabila keluar
  3. Mencuci pakaian yang telah terdedah kepada jerebu
  4. Selalu minum air
  5. Dapatkan nasihat doktor jika terdapat simptom-simptom di atas
So kita kurangkanlah aktiviti luar dan banyakkan meminum air.. Semoga kawan2 semua sihat2 selalu ye.. v(n_n)v

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK