Innalhamdulillah wa nasyhkuru ala kulli nikmah ilaina.. (amboi tetiba cakap arab ni hehe)
Semalam bertempat di Institut Latihan Perindustrian Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang telah diadakan syarahan perdana yang bertajuk "Pengalaman Gerakan Islam Dalam Menangani Arus Perubahan (Mesir) dan Pengajaran Kepada Malaysia". Penceramah jemputan adalah Prof Dr. Hesham Hosni Saqr, Pensyarah Psikologi Pendidikan, Universiti Al-Azhar Mesir. Program adalah anjuran ISMA Zon Uatara..
Fadhilatul Syeikh adalah antara anggota Ikhwan yang aktif menyebarkan risalah tauhid di seantero dunia. Dan tulisan besar beliau yang menjadi teks rujukan dalam usrah-usrah di Malaysia adalah Kitab Ghulam Dakwah. Banyak perkongsian tentang Ikhwan yang diceritakan oleh beliau semalam..
Syarahan adalah didalam Bahasa Arab dan diterjemahkan oleh Ust Syamsudin ke Bahasa Melayu.. Masya Allah sebuah siraman ilmu yang menghangatkan dan membangkitkan semangat untuk bersama-sama jamaah. Banyak perkara yang disentuh oleh Fadhilatul Syeikh terutamanya tentang pengalaman beliau selama bersama Ikhwanul Muslimin.
3 perkara pokok yang ditekankan oleh beliau dalam membentuk harakah yang baik dan ada hala tuju adalah :
- Aqidah yang Sohih : Manusia boleh berbeza pendapat dalam pelbagai perkara furuk (cabang) tetapi tidak dalam perkara asasiyyah (pokok). Justeru, seperti kata Asy Shahid Imam Hassan al-Banna yang menganjurkan perdamaian; "Bekerjalah dalam perkara-perkara yang kita sepakati, dan bermaafanlah dalam perkara yang kita tidak sepakati"
- Sumber yang Sohih : Jika kita mahu bercakap tentang Islam, sila kemukakan bukti, sumbernya dari mana, siapa periwayatnya. Dengan itu yang mendengar akan berpegang dengan bersungguh-sungguh..
- Tarbiyyah yang Sohih : Yakni pembangunan modal insan dan sumber manusia perlu diutamakan sebelum membangunkan jamaah dan daulah Islam. Masyarakat perlu difahamkan tentang Islam yang syumul yang meliputi semua perkara..
Ada beberapa lagi isu yang disentuh Fadilatul Syeikh seperti tentang pendapat beliau berkenaan Syiah, beliau berkata "Jika mereka berperang untuk menewaskan musuh Islam, kita sokong. Tetapi jika untuk menghancurkan Islam itu sendiri, kita akan tentang"
Dan apabila ditanya tentang poligami, beliau menyatakan "Cukuplah dengan satu isteri, supaya saya punya masa yang selebihnya untuk dakwah". Seorang yang santun dalam bekata, hebat dalam berpidato dan disenangi ramai. Anak murid beliau tersebar serata Malaysia, kerana beliau banyak berinteraksi dengan pelajar Melayu yang menuntut di Al-Azhar.
Dan kesempatan bersalam dengan Fadhilatul Syeikh tak aku sia-siakan, dan ketika bersalam beliau membisikkan doa "Semoga hidup kamu barokah", masya Allah. Terasa hawa dingin mengalir membasahi relung kemarau hati.. Insya Allah semoga kita semua terus istiqomah dalam perjuangan..
Pada 22 Julai ini beliau akan ke Kota Samarahan pula untuk memberi syarahan beliau.. Untuk info lanjut klik disini..
No comments:
Post a Comment