Saturday, July 30, 2011

KITA ADALAH KAUM YANG ALLAH MULIAKAN DENGAN ISLAM

Sejarah Islam merakamkan kata-kata Sayyidina Umar al-Khattab, sang penakluk ini untuk warisan dan ingatan buat kita generasi yang terkemudian..

Suatu ketika, semasa pembukaan Kota Baitul Maqdis di Palestin, Sayyidina Umar selaku khalifah pada masa itu telah dijemput untuk merasmikan pembukaan kota terbabit dari tangan puak Kristian..


Dan Sayyidina Umar memulakan perjalanan yang mengambil masa berbulan-bulan untuk datang, tetapi para Panglima Islam seperti Kahlid bin al-Walid, Muawiyah bin Abu Sufyan dan Abu Ubaidahal-Jarrah, terkejut kerana beliau tampil sangat zuhud sekali.. Pakaiannya bertampung dijahit sendiri..

Padahal Islam pada maa itu telah memerintah sepertiga dunia di bawah payungan kekhalifahan Umar.. Dan para pemuka Kristian sedang memerhatikan khalifah yang datang dengan penuh kesederhanaan..

Lalu Panglima Islam, Abu Uabidah Al-Jarrah menghampiri Umar lalu berkata, "Amirul Mukminin, saya harap engkau tidak melakukannya didepan banyak orang. Semua orang menunggumu untuk menyerahkan kunci sementara engkau berketrampilan begitu lusuh"

Merah padam muka Sayyidina Umar, lalu dia pun membalas, "Aku tidak sangka perkataan ini keluar dari mulut kamu. kalau orang lain yang menegur aku, aku masih boleh terima, tetapi aku tidak boleh terima ia keluar dari mulut seorang muslim"..



Lalu dia pun mengungkapkan kata-kata yang masyhur ini :

"Kita adalah kaum yang Allah s.w.t muliakan dengan Islam, barang siapa yang mencari kemuliaan selain dari Islam maka ia dihina oleh Allah s.w.t”

Kita bangsa dimuliakan oleh Allah s.w.t bukan disebabkan oleh pakaian kita, pangkat kita dan sebagainya, sebaliknya kita dimuliakan oleh Allah s.w.t adalah disebabkan Islam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK