Monday, August 29, 2011

ALKISAH ORANG PUASA

Alkisah Orang Puasa 1 :
Beria-ia bangun pagi-pagi untuk sahur.. Makan pulak tu banyak2, katanya nak tahan untuk 13 jam kan, so kena laa sumbat banyak2.. Datang tengah hari hilang, tau2 tangan bau kari atau maggi.. Eh, apa cer ni bro???


Alkisah Orang Puasa 2 :
Bersungguh-sunguh haa ajak berbuka.. Kat tempat mahal-mahal plak tu.. Katanya ala sekali sekala, lagipun lapar ni kan, 13 jam puasa.. Check punya rupanya dia tak puasa pun.. Ek eleh bro, lu plak lebih2.. Apa hal??

Alkisah Orang Puasa 3 :
Kalau pi bazar Ramadhan, dialah yang paling awal. Dia akan tawaf 3 4 kali dulu bazar tu untuk decide nak beli apa. Habis penuh semua jari dia jinjit beg plastik makanan. Kalau ada tambahan 10 jari lagi pun rasanya sama saja natijahnya. Last2 time buka puasa, makan tak habis pun. Haa kan dah membazir, bulan puasa ni bro.. Kawal sket nafsu makan tu ye.. Ingatlah mereka yang lebih memerlukan.. Ke lu tak kisah???

Alkisah Orang Puasa 4 :
Berbuka tu tak ingat dunia.. Air saja sampai 5 jenis, belum masuk kuih muih.. Habis semua dilantaknya.. Dari satu segi tu baguih laa coz tak membazir, tapi kalau dah tersandar tu paham2 je laa.. Maghrib pi kat isyak. Isyak n terawih tu tak tau laa.. Tu baguih gak buat maghrib, kalau tak?? Haih awat buat lagu tu bro.. Rugi wooo Ramadhan setahun sebulan jaa.. Ada lu pikir??


Alkisah Orang Puasa 5 :
Awal Ramadhan dia yang paling semangat.. Habis semua masjid dah masuk dalam senarai yang dia nak iktikaf.. Hari-hari awal baca quran saja sampai 2 juz.. Tapi bila dah mai tengah Ramadhan, semangat pun longlai.. Last2 teraweh pun kat bilik saja. Tu pun baguih kalau teraweh, kalau dak?? Baca Quran dah tinggai teruih dah.. Apa nak jadi ni bro?? Aih mana hilang semangat hang awai2 dulu???

Alkisah Orang Puasa 6 :
Dari selepas imsak sampai laa masuk asar dia membuta.. Kononnya letih laa tu puasa.. Lagipun katanya tidur kan ke ibadah.. Ek eleh, dah tu lu sorang je ke yang puasa, orang lain?? Puasa pun kalu membuta ja tak dak pekdahnya bro oi.. Akai ada ka???


Alkisah Orang Puasa 7 :
Yang ni spesis manusia aku paling pelik yang pernah wujud di tanah airku Malaysia (sebab aku tak penah pi oversea hehe).. Puasa tu baguih dah, tapi TAK SOLAT plak.. Mazhab mana lu amik ni bro.. Tahukah anda, sekiranya kita tidak solat, seluruh amalan kita yang lain ditolak kerana ibu segala ibadah adalah solat.. Maca orang bawa kereta laa, bila ditahan polis apa yang Dato' minta dulu?? Lesen kan, kalau takdak lesen tak kira laa ko ikut peraturan macam manapun, tetap kena saman.. So tak takut ke??


Sekian kisah orang berpuasa tahun ini dari aku, insya Allah tahun depan pun pattern ni jugak yang keluar aku rasa.. Apapun kepada yang terkena dan terasa tu aku minta maaf banyak2 ye.. Bukan nak kata kat korang, TAPI MEMANG NAK KATA KAT DIRI SENDIRI DAN KORANG JUGAK.. Kalau tak puas hati kita settle time raya nanti k.. v(n_n)v

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK