Setelah berbulan lamanya aku mengharamkan atas diri aku untuk membeli sebarang novel terutamnya yang berunsur CINTAN atas dasar boikot kerana kehidupan percintaan aku tak seperti yang digambarkan dalam novel-novel tersebut, damn haha.. 2 minggu lepas aku beli jugak dua novel keluaran FIXI Production..
Sebuah syarikat penerbitan baru yang menerbitkan novel-novel dengan tema kontemporari. Malah penulis digalakkan menggunakan perkataan kasar (carutan, makian, slanga) tetapi bermesej.. Yang menarik tajuknya hanya satu perkataan dan tak lebih 60000 patah perkataan.. Ada 5 buah dan aku beli dua saja dulu, yang lain bakal menyusul..
DENDAM - AFIFUDIN OMAR..
SINOPSIS :
Mengisahkan watak Khalil Gibran yang merasakan dirinya di atas undang-undang, melakukan apa sahaja semata-mata untuk meluaskan pengaruh dan dihormati orang lain.. Memulakan penghidupan yang gelap kerana di asuh oleh ayahnya untuk bencikan orang yang berbuat zalim..
Namun perlahan-lahan berubah dan merasakan hidupnya kosong seleaps kematian anak lelaki sulungnya.. Seorang lelaki, suami, ketua yang mungkin ganas, zalim dan kasar pada lahiriah namun berperang dan mencari-cari diri sendiri di fasa-fasa akhir hidupnya..
KASINO - SAIFULLIZAN TAHIR
SINOPSIS :
Mengisahkan seorang ahli perniagaan muda yang ada segalanya namun kosong hatinya dari rasa cinta. Sanggup bermuka-muka dan berhabis duit semata-mata untuk dihormati dan mendapatkan projek. Mula mendapat masalah apabila dia diminta mengembalikan duit yang tela dilaburkan untuk sebuah projek..
Dalam kebuntuan mengumpul dana, dia mengambil tidnakan nekad untuk mencuba nasib di meja judi di kasino tersohor di Singapura.. Lantaran tidak mahu menanggung malu dan hidup melarat jika sekiranya dia di tahan pihak berkuasa..
KOMEN AKU
Serius dua-dua novel ni best.. Despite pemilihan perkataan yang digunakan agak kasar dan penuh sinis, aku rasa ini novel yang "dewasa" dan dekat dengan realiti masyarakat kita di Malaysia.. Dah tanak ulas panjang, korang cari laa sendiri ye.. Haha..
Aku beli kat Kinokuniya KLCC, harga rm20 each.. Selamat enjoy ye.. Pesan aku, lapangkan dada, bukakan minda.. hehe
No comments:
Post a Comment