Monday, May 28, 2012

ANDA TIDAK AKAN MENDAPAT BONUS TAHUN INI

Minggu lepas bila sekalian warga company S berkumpul untuk mendengar taklimat dari pihak atasan dan CEO, ada perkara menarik yang ingin aku kongsikan..

Katanya, "Anda tidak akan mendapat kenaikan gaji dan bonus tahun ini kerana:

1. Ekonomi dunia sedang melalui zaman meleset, dimana beberapa negara eropah sedang menuju ke arah kebankrapan seperti Greece, Sepanyol dan Portugal.


2. Ekonomi Malaysia juga mendapat tempiasnya bila keadaan ini berlaku. Walaupun KDNK negara diunjurkan akan naik 5% pada tahun ini, ekonomi dunia yang sedang meleset akan menelan kenaikan tersebut.

3. Syarikat tidak berada dalam sektor industri yang diberi perhatian oleh kerajaan untuk dijadikan pemacu semula ekonomi negara. Dimana kerajaan lebih menumpukan dalam sektor minyak dan gas serta pengangkutan.

Justeru dengan bekerja pada masa ini di syarikat ini anda melakukan 3 kesilapan, iaitu ketiga-tiga diatas. Bersyukurlah kerana kami masih mampu membayar gaji anda pada bulan ini"


Komen aku : PPFFFTTTTTTT!!!!! Hang tak mau bagi bonus cakap je laa.. Tak payah laa kona jauh sangat.. Hadoi....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK