Tuesday, June 5, 2012

CINTA.. Kata Imam Al-Ghazali

Imam AL-Ghazali berpendapat bahawa cinta itu berasaskan kepada beberapa sumber. Pertama perkenalan kedua kesesuaian dan yang ketiga kemesraan. Tiga perkara penting ini akan melahirkan rasa cinta diantara satu sama lain.

1) Cinta terhadap kewujudan diri sendiri. Bererti setiapnaluri manusia igin kepada kekal kewujudannya dan menolak kemusnahannya. Manusia benci kepada kematian. Manusia kasih pada dirinya, kemudian kasih kepada hartanya,anak-anak, dan keluarganya.

2) Cinta kepada orang yang berbuat baik kepadanya. Sifat tabii manusia suka orang berbuat baik kepadanya, kerana dengan adanya orang ini maka akan kewujudan taadi dan ini akan membantu menolak kemusnahan dirinya. Kerana itu manusia kadang-kadang cinta kepada orang selain dari keluarganya semata-mata kerana dia telah berbuat baik kepadanya.

3) Cinta kepada orang yang berbuat baik. Meskipun tidak berbuat baik kepadanya. Ia cinta kepada orang yang berbuat baik, bererti ia cinta kepada kebaikan. Inilah yang hakiki.

4) Cinta kepada keindahan. Terdapat pula manusia yang cinta kepada keindahan zahir atau keindahan batin. Kelazatan timbul apabila mendapat sesuatu yang indah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK