Seorang
lelaki bangun di tengah padang. Matahari kelihatan terik tapi suasana
mendung diselubungi awan hitam. Dia tidak tahu mengapa dia berada di
padang. Di padang mana pun tidak dikenalinya.
Tetiba ada seorang pakcik menepuk di belakangnya.
“Dah sampai masa. Dah kena jalan. Dah tak ada masa. Cepat jalan,” jerit pakcik itu sambil menolak belakangnya untuk bergerak.
“Nak pergi mana?” tanya lelaki itu.
“Pergi tempat yang kamu tak pernah pergi,” jawab pakcik itu.
Pakcik itu memberikan satu beg kerja hitam pada lelaki itu.
“Apa dalam ini?” tanya lelaki itu.
“Benda peninggalan milik kamu,” jawab pakcik.
“Benda peninggalan saya? Saya tertinggal di mana? Baju? Duit?” tanya lelaki itu.
“Bukan. Semua ini bukan milik kamu, ia milik bumi,” jawab pakcik itu.
“Apakah itu ingatan saya?” tanya lelaki itu.
“Tidak. Ingatan kamu milik masa,” jawab pakcik itu.
“Apakah di dalamnya kemahiran saya?” tanya lelaki itu lagi.
“Kemahiranmu milik situasi di mana kamu menggunakan kemahiran kamu,” jawab pakcik itu lagi.
“Apakah dalam itu ada kawan dan keluarga saya?” tanya lelaki itu lagi.
“Tidak. Mereka milik laluan hidup kamu,” jawab pakcik itu lagi.
“Apakah dalam itu isteri dan anak saya?” tanya lelaki itu.
“Tidak. Mereka milik hatimu?” jawab pakcik itu lagi.
“Apakah dalam itu jasad saya?” tanya lelaki itu.
“Tidak. Jasadmu milik habuk,” jawab pakcik itu lagi.
“Saya tak faham. Jadi apakah dalam beg hitam ini?” tanya lelaki itu sambil membuka beg tersebut.
Sejurus dibuka, lelaki itu terus menangis.
“Beg ini kosong. Mengapa?” tanya lelaki itu.
“Itulah yang kamu miliki – waktu ini. Waktu ini kamu kena pilih antara bangun atau ikut aku,” jawab pakcik itu.
Tetiba…
“Encik,
boleh dengar tak? Encik boleh dengar tak? Siapa nama encik? Tahukah
siapa encik?” lelaki itu kedengaran suara seorang perempuan bertanya
padanya.
Lelaki itu membuka mata, dalam samar-samar lelaki tersebut terlihat seorang jururawat sedang berkata-kata dengannya.
Setelah
sedar, lelaki tersebut baru tahu dia terlibat dengan satu kemalangan
yang dahsyat. Nasib baik tiada yang mati, hanya dia koma seketika dan
dibawa ke hospital dengan luka di kepala.
Lelaki itu melihat ada beg hitam kerjanya di tepi katil…
Rupanya
tadi perbualan dengan pakcik itu hanya dalam mimpinya sewaktunya koma.
Dia hampir mati, menurut jururawat yang merawatnya tadi.
Namun
perbualan dengan pakcik itu diingatnya sehingga hari ini – bahawa
manusia tiada mempunyai apa-apa di duniawi ini. “Itulah yang kamu miliki
– waktu ini.”
Lelaki
itu membuka beg hitam kerjanya – dalamnya terdapat satu nota kad yang
dihadiahkan oleh Ustaz Azizan. Lelaki tidak sempat membacanya lagi.
“Jangan
butai nafsu kamu dengan mengejar benda-benda yang kamu tidak boleh bawa
ke akhirat. Ayah doakan Allah membuka mindamu untuk kamu memahami apa
yang ditulis ayah,” baca nota yang ditulis ustaz kesayangannya yang
dipanggilnya ‘Ayah’.
Wahai anakku,
Segalanya
hanya sementara. Apabila kamu meninggalkan dunia ini, tiada apa yang
boleh dibawa. Oleh itu, jangan terlalu taksub mengejar kebendaan ciptaan
manusia.
Belajarlah
hidup dengan nikmat bersyukur dengan apa yang ada daripada merungut
dengan apa yang tiada. Semestinya yang ada sebenarnya jauh lebih
bernilai daripada apa yang tiada.
Senyum
No comments:
Post a Comment