Wednesday, February 25, 2009

Dari UKHUWWAH tercipta MAHABBAH

Assalamualaikum semua..

dah hampir dua minggu aku tak posting kat blog aku ni.. agak bizi la dengan program kolej dan persatuan.. banyak sangat program.. hehe walhal ada 6 je.. aku nak tolak tak sampai hati.. tapi tu laa.. bila dah terima taklif tu, aku laa yang merana.. terkejar-kejar nak berurusan dengan pihak pentadbiran..

dah tu bila sampai kat pentadbiran, macam2 karenah plak kena hadapi.. dari sekecik-kecik benda sampai laa sebesar-besar perkara.. sumanya macam nak menyusahkan student.a dari makcik kerani sampai ke pegawai HEP.. huhu pening2..

tapi tu la hidup kita ni.. tak dapat lari dari masalah.. then bila kita cuba nak selesaikan satu masalah, masalah len plak yg timbul. satu satu.. sumanya menuntut tahap kesabaran dan kewarasan akal yang tinggi..

dan semua ini mengajar aku erti hidup.. beginilah suasananya bila kita masuk alam pekerjaan nnt.. mcm2 karenah malah yang lebih teruk dari ni pun ada. terutama di kaunter2 yang melibatkan hubungan langsung dengan public. sabarlah yang terlebih afdal.

antara program yang aku telah sedang dan akan buat adalah.. minggu lepas 20 hb februari ada program "Tangisan Palestin" kat DK7 n24 anjuran seketariat Rakan Muda. Kehadiran pelajar sangat memberangsangkan walaupun malam itu saja ada 3 program besaq berunsurkan agama di sekitar kampus. DIskusi Iman dan Persembahan nasyid Juara Akademi Nasyid musim kedua. Talk tentang tangisan Palestin tu telah disampaikan oleh DR.HATTA, seorang pakar pcsytrist dari Universiti Cyberjaya. Menceritakan pengalam beliau selama 6 hari di Gaza setelah hampir 23 hari Gaza diserang habis2an oleh rejim zionis laknat.

then esoknya 21 hb, aku ada lawatan sambil belajar ke PWTC sempena Pameran Reka Cipta. ni rombongan kolej kediaman aku. Agak menarik tapi membosankan.. coz kurang benda depan mata.. lebih kepada penerangan dan billboard.. memaparkan RnD yang dijalankan oleh IPTA dan IPTS serta badan2 kerajaan.. then pi alamanda putrajaya. pusing2 then bertolak pulang lepas maghrib.

ni hari jumaat ni plak 27 hb februari. ada program lawatan mesra sukan (POLAMES) ke UMP gambang pahang. ni plak macam program ramah mesra dan pertandingan sukan antara kolej aku dengan kolej ke-2 kat UMP sana.. ada 5 acara.. catur, futsal, ragbi, takraw dan tarik tali. sekadar persiapan awal kolej untuk acara SUKAM sem depan.

then minggu depan 7hb mac. aku ada program seminar rakan pembimbing. anjuran JKSK. aku jadi ajak teknikal n tempat.. hehe then mggu depan tu. 13 n 14 hb mac ada prog english camp plak kat gunung ledang. anjuran kolej aku..

haih tu laa serba sedikit prog2 aku.. tu yg agak bizi sket tu.. then mggu depan (5 hb Mac)aku ada test 2 EMT.. huhu dah la test 1 aku teruk.. teruk giler.. aku rasa rendah diri sangat kat kawan2 keals aku.. coz marks aku yg paling rendah.. siap dapat warning dari lecturer.. tp aku tau niat dia baik.. dia concern dgn student dia.. so aku kena fight balik laa kat test 2 ni.. huhu harap2 suma ok dan berjalan lancar..

kawan tolong doakan aku ye.. semoga rahmat Allah ke atas kalian.. salam ukwah fillah

1 comment:

Anonymous said...

sibuk benar ye.

semoag berjaya dalam apa jua urusan =D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK