Friday, April 17, 2009

LELAKI CANTIK vs PEREMPUAN GAGAH

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki..


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang w anita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Wallahualam+/- Read More

baki post anda yang hendak disembunyikan

2 comments:

Unknown said...

otai..ad ke lelaki yang cantik itu zaman sekarang?hurmm..

PiDoT_OtAi said...

haha bergantung laa.. terpulang untuk kita mencari.. mencari yg terbaik tak semestinya yang sempurna.. kerana yg Maha Sempurna hanya hak Allah. kita hamba-Nya hanya mampu berusaha ke arah kesempurnaan.. kalu tak dapat pun.. Allah tahu bahawa kita telah berusaha.. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK