Friday, April 3, 2009

SEJARAH 3 APRIL I


Ketahuilah sahabatku bahawa Perdana Menteri Malaysia yang baru dan ke-6 adalah Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Beliau mengangkat sumpah jawatan dan memegang rahsia kerajaan dihadapan Yang Dipertuan Agung, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Negara kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Majlis itu telah dihadiri oleh semua barisan menteri cabinet dan ahli Parlimen kerajaan tetap berlangsung meriah walaupun terdapat desas-desus bahawa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan memulaukan majlis tersebut.

Serentak dengan itu juga bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 iaitu Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah telah dikurniakan darjah kebesaran tertinggi negara yang membawa gelaran TUN. Dan majlis selesai kira-kira jam 12 tengah hari.

Dato’ Seri Najib Tun Abdul RAzak, 55, adalah anak kepada Perdana Menteri Malaysia yang ke-2 iaitu Tun Abdul Razak yang terkenal dengan gelaran Bapa Pembangunan Malaysia. Hayat Tun Abdul RAzak walaupun hanya memegang jawatan selama enam tahun telah meninggalkan kesan yang cukup besar kepada kita rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu.

Jadi Dato’ Seri Najib dilihat sebagai penyambung delegasi Tun RAzak walaupun mereka sebenarnya bergerak di dua era yang berbeza. Dan cabaran politik semasa sememangnya cukup mencabar buat beliau. Semuruh rakyat Malaysia tertunggu-tunggu apakah dasar baru yang ngin diperkenalkan oleh beliau.

Sedikit sejarah tentang Dato’ Seri Najib, beliau telah dipilih sebagai ahli Parlimen termuda dalam sejarah pilihanraya Malaysia iaitu pada umur 23 tahun,pada tahun 1976 berikutan kematian mengejut Allahyarham Tun Abdul RAzak di London akibat penyakit leukimia. Dan kemudian terus menjadi ahli Parlimen Pekan sehinggalah sekarang. Pernah menjadi Menteri Besar Pahang dan menjawat beberapa jawatan timbalan menteri sebelum menjadi menteri penuh di kementerian Belia dan Sukan, Pendidikan, Pertahan dan Kewangan.

Sama-sama kita sebagai rakyat marhain tunggu dan lihat apakah corak masa depan negara yang ingin dibawa oleh beliau..

1 comment:

PiDoT_OtAi said...

harapan rakyat marhain sangat tinggi kepada YB Dato' Seri najib.. walaupun beliau naik di tengah2 kekusutan suasana ekonomi dan politik Malaysia.. harapnya ada perubahan yang lebih positif akan dilakukan.. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK