Thursday, July 16, 2009

SEM BARU 09/10-1

Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah masuk tahun 3 aku ni. Bermakna dah setahun aku berada di UTM Skudai. Memori di sini sebagai seorang pelajar. Sangat mengajar aku makna kedewasaan. Merenung kembali setahun yang telah berlalu dan merancang untuk masa yang akan datang.

Walaupun sem lepas result aku agak hampeh, tapi bila fikir-fikir balik itu yang Allah janjikan yang terbaik untuk aku. Dan aku dah pun berusaha untuk buat yang terbaik. Jadi terima je lah qada’ dan qadar ni. Hehe walaupun ber’ayaq’ gak la telinga ni kena berleter dengan mak aku.

Apa nak wat, memang salah aku pun. Terima jela. Banyak sangat main aku sem lepas. pastu malas plak nak study. bajet hustler la. Bleh study last minit. last2 apa pun tak dapat.. huhu


So sem ni aku mengharapkan agar aku bleh wat dengan lebih baik lagi. Aku nak kena belajar betul2. Nak baiki semula pointer. Nak bagi dapat at least 3. Utk grad nanti. Ya Allah kabulkanlah permintaan hamba-Mu ini. Aku hamba yang lemah yang tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan-Mu jua Ya Allah.



+/- NAK BACA LAGI??



Hehe sem ni aku amik sket ja kredit. Nak tumpukan kat suma subjek. Tak mau lagi blaja utk nak final. Tuntut ilmu kerana Allah. Semoga Allah permudahkan. Ni subjek yang aku amik sem ni.

SEE 3263 SISTEM ELEKTRONIK

SEE3732 MAKMAL UMUM TAHUN 3

SEE 3243 SISTEM DIGIT

SSE 2193 STATISTIK KEJURUTERAAN

SEL 4223 PEMPROSESAN ISYARAT DIGIT 1


So jumlah suma mata kredit adalah 14 kredit sahaja. Semoga sem ni akan jadi sem yang terbaik. Ya Allah permudahkanlah...



4 comments:

Unknown said...

salam otai..
jom la amalkan doa time sujud..tiap2 kali sujud amal2kan lah ye..ni antara sunah nabi S.A.W.

Ya ALLAH, berikanlah aku rezeki yang banyak,halal,imam yang benar,ilmu yang manfaat, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.

p/s: kamu orang2 alim.misti taw ini doa kan?hehe

LegendZ said...

gred tuan..gred..pastikan bebas dr extend..;'p

Unknown said...

asal korang rajin nie....x bz stadi ke???

PiDoT_OtAi said...

haha.. thanks atas doa tu.. memang mustajab doa time sujud ni..

to akhi aizat selamat berkonvo.. hehe saya terima nasihat anda.. doakan saya ya..

to mr sapic haha nak wat mcm mana bro.. dah terpaksa.. tgh mencari ruang nak menepis ni huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK