Thursday, February 4, 2010

Mulakan Langkahmu Wahai Adikku Sebelum Terlambat..


Adikku, Andaikata sudah punya pilihan hati yang soleh, dan engkau menunggu dan terus menunggu hingga berlalu begitu sahaja masanya sehinggakan engkau menerima lamaran dari entah sesiapa...Alangkah ruginya dan sia-sianya penantianmu selama ini adikku.

Adikku, Engkau tahu bahawa 'duniamu' ini memang ramai Insan Solehah sepertimu tetapi malangnya sedikit pula Insan Soleh seperti dia. Justeru, seperti nasihat yang berbuih-buih diberikan padamu..Ayuhlah, Bangkitlah adik-adikku sekalian...jangan bazirkan masa berhargamu dengan menunggu Insan Soleh ini sebaliknya engkau yang mendahului.

Adikku, Insan Soleh ini punyai lambakan pilihan sehingga 'kabur' matanya dan bisa saja kabur pula hatinya...Malangnya adikku, Insan Solehah sepertimu tidak punya pilihan seperti mereka dan tidak punya masa yang banyak seperti mereka...jadi tidak dapat tidak engkau perlu memulakannya.

Adikku, letakkanlah rasa malumu dan ketakutan yang melanda hati serta seluruh jiwamu sejauhhhh...jauhnya. Kerna persoalan yang bakal engkau tempuhi dan lalui ini lebih besar dan cukup besar natijahnya andaikata engkau terus-terusan begini. Jika benar engkau ikhlas, mana mungkin persoalan malu dan takut itu mengatasi persoalan agama dan kemandirian keluarga muslim.

Adikku, acapkali aku lihat rasa sedih itu membayangi wajahmu dan aku merasa cukup letih dan letih… untuk melihat ini semua kerana aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa membantu dirimu melainkan dirimu sendiri yang merubahnya. Aku hanya mampu berkongsi cerita-cerita yang tidak layak bagiku untuk dilabelkannya sebagai pengalaman kerna aku sendiri belum sampai ke penghujung ceritanya.

Adikku, namun aku sebagai abangmu dan saudara seIslammu punya harapan agar sebelum aku meninggalkan kalian semua, sempat aku melihat wajah-wajah yang dibayangi kesedihan ini berubah kerna kalian punya hak untuk mendapatkan yang terbaik dan hidup bahagia. Tidak banyak yang aku pinta hanya ingin melihat riak-riak suka di wajah kalian. Jadi adikku, tiada kata-kata lain yang mampu aku tuturkan hanya saja; Ikhlaskan dirimu, Tekadkan hatimu, Pasakkan niatmu, Majukan langkahmu.. Jika benar matlamatmu nescaya Allah tidak akan mensia-siakan setitis dari usahamu kerna Insan Soleh tidak akan menolak Insan Solehah.

Adikku, akhirnya aku mengharapkan engkau jelas lagi sedia mengetahui bahawasanya “Jodoh, Ajal, Rezeki dan Akhir hidup manusia itu telah ditentukan oleh Allah”. Jangan engkau rasa kecewa jika Allah tidak memakbulkan doamu kerna Dia merancang yang terbaik buatmu, Jangan engkau rasa gundah bila Allah lambat memakbulkan doamu kerna Dia sedang mengujimu dan Ucaplah setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah apabila Dia memakbulkan doamu kerna itu tanda Dia menyayangimu.

p/s:re-edit dari seorang kakak. Tribute buat kakat tu!!~

2 comments:

Miss Kimi said...

erm..bagusnya...thanks for sharing..trowne

PiDoT_OtAi said...

hehe u are welcome the club kimi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK