Tuesday, June 8, 2010

MELAYUKU MELAYU LAYU


DI MANA ADANYA MELAYU?

PASTINYA DI KELANTAN DAN TERENGGANU
JUGA DI PASAR MALAM DAN PASAR MINGGU

DI AKADEMI FANTASIA DAN PESTA LAGU
DI JOM HEBOH ORANG MELAYU BERPUSU-PUSU

DI SUNGAI BULOH, PUSAT PEMULIHAN, DULU DI PUDU
DAN DI JALAN, LUMBA HARAM, REMPIT TAK BERLAMPU

DAN DI SELEKOH, DUIT RASUAH DEPA PUN SAPU
DI PUSAT SERENTI AKIBAT KETAGIH DADAH DAN CANDU

DI MALAM KEMERDEKAAN DAN DI MALAM TAHUN BARU
TERKINJA-KINJA BEST GILER MENARI MACAM HANTU

APA HOBI ORANG MELAYU?

TERKENAL DENGAN BUDAYA MALAS DAN LESU
MELEPAK BUANG MASA TAK JEMU-JEMU

ATAU BACA MAJALAH MASTIKA, METRO PASAL CERITA HANTU
TENGOK TELENOVELA DARI FILIPINA DAN JUGA PERU

BERPUSU-PUSU PERGI TENGOK PAMERAN HANTU
SAMBIL MAKAN JUNK FOOD, KUACI DAN MARUKU

SIBUK DOK BERCERITA PASAL DATUK K DAPAT BINI BARU
APA PAKAIAN SITI NAK PAKAI ITU YANG NAK TAHU

MANA TAK GENDUT BERPENYAKIT SELALU
KALAU NAK BERLAGAK MELAYU MASIH NOMBOR SATU

ASAL BERGAYA SANGGUP MAKAN NASI DENGAN TOYU
BOLEH TAK JUMPA MEREKA DI KEDAI BUKU

ATAU PERPUSTAKAAN DAN MAJLIS ILMU
ATAU AMBIL KELAS KEMAHIRAN DI HUJUNG MINGGU
ADA TAPI KURANG SANGAT MEREKA DI SITU

KENAPA MELAYU JADI BEGITU?

NAK SALAHKAN SIAPA? IBU BAPA ATAU GURU?
PEMIMPIN NEGARA ATAU RAJA DULU-DULU?

AYAT LAZIM DI MULUT IALAH MELAYU MALAS SELALU
NAK HARAP KERAJAAN SAJA MEMBANTU

TERUTAMA SEKALI KONTARKTOR KELAS SATU
TAK HABIS-HABIS GADUH NAK JATUH SIAPA DULU

PASAL JAMBATAN SENGET ATAU SIAPA DIA PENGHULU?
DAN SUKA SANGAT ENGAN BUDAYA AMPU MENGAMPU

SAMPAI BILA KITA NAK TUNGGU
BANGSA MELAYU JADI BANGSA YANG MAJU

BOLEH.. DENGAN SYARAT-SYARAT TERTENTU
PERTAMA DENGAN KUASAI ILMU

KATA NABI, IKUTLAH AL-QURAN DAN SUNNAHKU
AL-QURAN YANG DITURUNKAN 1400 TAHUN DULU
TAPI APA YANG KITA TAHU, CUMA BACA BILA NAK HALAU HANTU..

cilok kat BOM321


9 comments:

n.a.n.a said...

sbb asyik harapkan subsidi, ramai melayu jadi malas. =_="

PiDoT_OtAi said...

ntah laa cik nana.. hehe komen lebey2 pun bangsa sendiri hehe

n.a.n.a said...

btol3. kritikan sekadar membuka mata. kdg2 bila dah berada dalam zon selesa kita jadi lupa untuk menghargai sesuatu yang kita dapat. hihi. sekadar bagi pendapat :D

PiDoT_OtAi said...

betol3 tu cik nana hehe.. semoga bermanfaat untuk semua ye

APAN said...

lme ni nak perah otak wat ayt cmtu ma...
huhu...

PiDoT_OtAi said...

haha tu la apan.. aku pun cilok jaa kat bom321.blogspot hehe

APAN said...

oh...ingat ke diy td ma...
tapi bnde boleh share elok di-share gak tu...

i n n z c h u b b y said...

otai...

indah sekali bahasa madah ini.

minta izin utk di "copy & paste" ye.

PiDoT_OtAi said...

apan : haha blum sampai maqam dia lagi nak menulis mcm ni hehe

inn : amik laa inn.. aku pun cilok kat org hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK