Wednesday, December 8, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432H



Dalam hidup ini, ada perkara yang lebih susah dari susah.. Iaitu BERUBAH.. Sehinggakan ada yang lebih selesa untuk terus hidup susah dari membuat apa-apa perubahan untuk memperbaiki kehidupannya...

Kerana itu tarikh hijrah dipilih sebagai permulaan kalendar tahun Islam kerana ia mempunyai nilai yang sangat signifikan dalam membangun dan memperbaiki keadaan kehidupan ummat Islam.....

Hijrah telah menukar Islam yang ditindas dan dizalimi kepada Islam yang menaungi.. Hijrah menukar Islam yang dihina kepada Islam yang dimuliakan.. Hijrah juga menukar Islam yang dulunya kecil dan menjadi kelompok minoriti kepada Islam yang dikenali dan menjadi kelompok majoriti..

Hijrah membuka ruang untuk Islam terus berkembang dan melebarkan sayap keamanan buat hampir seluruh alam ini.. Hijrah memberi peluang untuk Rasulullah membuka jalan untuk terus menyampaikan ruang dakwah baginda yang ianya adalah risalah dari Allah...

Hijrah bukanlah satu keadaan melarikan diri.. Ia adalah satu strategi.. Strategi kemenangan yang dirangka Allah untuk memberi kemenangan yang lebih akbar kepada Rasulullah dari terus bertahan di Bumi Makkah yang kian dihimpit dan dizalimi Arab Quraisy...

Dan kita lihat bagaimana hampir keseluruhan peringkat umur yang ada dalam masyarakat memainkan peranan dalam Peristiwa Hijrah yang ditonjolkan oleh tokoh-tokoh yang mewakili setiap peringkat umur itu...

Saidina Abu Bakr As-Siddiq telah menjadi peneman kepada Rasulullah sepanjang perjalanan dan mempertaruhkan batang tubuhnya untuk melindungi baginda Rasul.. Bagaimana Asma binti Abu Bakr yang membawa makanan kepada bapa dan Baginda Rasul sepanjang mereka dalam perjalanan..

Dan peranan pemuda dalam peristiwa hijra juga sangat besar.. Bagaimana Abdullah bin Abu Bakr menajdi perisik dengan berpura-pura bermain berdekatan dengan kelompok perbincangan pemuka Arab Quraisy dan menyampaikannya kepada Rasullah.. Dan bagaimana Saidina Ali Karomallahu Wajhah yang sanggup menggantikan tempat tidur baginda bagi mengabui mata musuh..

Begitulah betapa besarnya makna HIJRAH dalam Islam.. Semoga yang baik diambil manfaat bersama yang kurang baik ditegur dan dibaiki..



SALAM MAAL HIJRAH 1432 H...

2 comments:

ILA HonEyBuNNy said...

salam maal hijrah...

PiDoT_OtAi said...

semoga hijrah tahun ni memberi kita kekuatan untuk melakukan perubahan.. chaiyok3 hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK