Wednesday, January 12, 2011

OH KEJAMNYA MEREKA

Nilaa yang akan terjadi bila rasa tamak dan haloba sudah menguasai diri.. Samapi hilang sifat perikemanusiaan.. Kes ni di China, dan tak mustahil akan merebak ke negara kita kalau sifat kapitalis berakar kuat dalam masyarakat pemaju di negara kita..

Ikuti keratan akhbar dari Kosmo

Pemaju musnahkan tangga untuk usir penduduk

MIANYANG - Sebuah keluarga menyaman syarikat pemaju perumahan yang memusnahkan tangga apartmen tujuh tingkat dengan tujuan untuk mengusir mereka keluar, lapor sebuah akhbar semalam.



Seorang anggota keluarga itu, Zhao Yanhong, 42, mendakwa pemaju itu mahu memusnahkan apartmen tersebut bagi mendirikan sebuah kilang.

"Pada satu hari, pekerja-pekerja lelaki memecahkan semua tangga untuk memerangkap kami di sini," katanya.

"Satu-satunya cara untuk kami keluar adalah dengan menggunakan tangga dan memanjat tetapi ia perbuatan berbahaya," tambahnya.

Hakim mengarahkan kerja-kerja pembinaan dihentikan selama enam bulan sehingga siasatan selesai dilakukan selain mengarahkan pembinaan semula tangga untuk keluarga itu.

Pemaju perumahan itu mengemukakan alasan bahawa apartmen itu miliknya dan menafikan melakukan sebarang salah laku. - Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK