Saturday, April 2, 2011
KISAH DI SEBALIK APRIL FOOL
TRAGEDI BERDARAH OARANG ISLAM
Pada abad ke-8 MASIHI, Sepanyol berkembang menjadi sebuah negara ISLAM yang maju dan makmur apabila ditadbir oleh penguasa ISLAM.....
Keadaan ini tidak disenangi oleh golongan kafir yang berjiran dengan Sepanyol.Mereka mahu melihat ISLAM hancur tetapi kebanyakkan usaha mereka untuk menakluknya gagal....
Akhirnya pihak kafir menemui jalan untuk menghancurkan penduduk ISLAM di Sepanyol.Caranya mudah, dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya untuk memecahkan perpaduan umat ISLAM.Strategi ini berjaya dan akhirnya sedikit demi sedikit Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib....
Tentera Salib amat kejam.Masyarakat awam termasuk wanita dan kanak-kanak dibunuh tanpa perikemanusiaan.Satu demi satu daerah di Sepanyol berjaya ditakluki sehinggalah tentera ini tiba di wilayah terakhir iaitu Granada....
Penduduk ISLAM di wilayah ini terpaksa bersembunyi didalam rumah untuk menyelamatkan diri, lalu tentera Salib membuat satu taktik penipuan....
Mereka mengumumkan penduduk Granada dibenarkan untuk keluar dari penempatan mereka dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang telah disediakan untuk keluar daripada Sepanyol.....
Percaya dengan apa yang dijajikan tentera Salib, maka ribuan penduduk ISLAM di wilayah itu keluar dari rumah lalu berkumpul di pelabuhan.....
Tentera Salib yang bersembunyi lantas membakar keseluruhan penempatan di situ termasuk golongan ISLAM yang masih terus bersembunyi di dalam rumah....
Ribuan umat ISLAM yang sudah berkumpul di pelabuhan hanya tergamam tanpa dapat membuat apa-apa bila tentera Salib bukan saja membakar rumah mereka, malah turut membakar kapal yang dijanjikan untuk membawa mereka keluar dari wilayah itu.....
Mereka semua terkepung. Lalu tentera Salib dengan kejam menyerang dan membunuh kesemua umat ISLAM di pelabuhan itu termasuklah wanita dan kanak-kanak tanpa belas kasihan.....
Yang kedengaran hanyalah gema TAKBIR didiringi jeritan dan tangisan. Tiada seorang pun penduduk ISLAM yang terselamat. Granada bermandi darah!!!
Mayat bergelimpangan, laut yang biru brtukar menjadi merah. Dan tragedi berdarah ini berlaku pada 1 APRIL 1487 MASIHI dan dikenali sebagai " THE APRIL FOOL DAY " oleh golongan Kristian.....
...SEDIH BILA MELIHAT ORANG ISLAM SENDIRI TURUT 'GEMBIRA' MENGAMALKAN APRIL FOOL INI....
Labels:
TAZKIRAH PANAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment