Wednesday, April 6, 2011

FALSAMPAH CINTA REMAJA MODEN


Haha kontroversi kan tajuk di atas.. Saja just nak wat gempaq sket.. Kat bawah ni ada di senaraikan beberapa contoh falsampah cinta yang dikutip dari remaja-remaja dewasa ini.. Sama-sama kita layan.. Check it out yo..

1. Orang kata.. Cinta tu macam makan sambal belacan.. Walaupun pedas sampai mengalir air mata namun tetap dimakan jua sebab sedap...



maksudnya : Biar betapa perit atau besarnya dugaan dan penanggungan derita yang diakibatkan oleh rasa cinta, tetap juga diredah.. Sebab apa?? Sebab perasaan yang hadir saat diri dicintai sangat tak tergambar.. Walaupun derita yang menanti selepas itu..

2. Kata orang.. Cinta itu ibarat kentut.. Kalau ditahan, ehmmm, gundah gulana.. Tapi bila dilepas, ahhhh, lega.....



Maksudnya : Kalau dah suka kat seseorang tu, tak yah laa pendam2, bagitau je.. Habis cerita. Kalau si dia sudi terima, alhamdulillah. Kalau kena reject pun takpa, sekurang-kurang kita telah mendapat nikmat mencuba.. haha

3. Kata orang lagi.. Cinta itu buta.. Sebab tu ramai yang "teraba-raba" masa bercinta..



Maksudnya : Dia bukan buta secara lahiriah tapi buat-buat tak nampak.. Sampai dah tak leh nak bezakan mana yang halal dan mana yang haram.. Buat dosa, then pandai2 laa tanggung sendiri k..

4. Orang berkata.. Cinta itu ibarat kurap.. Makin digaru.. Makin sedap...



Maksudnya : Walaupun best sgt masa bercinta ni, janganlah berlebih-lebihan.. Sebab benda yang berlebihan ni pasti akan bawa mudarat.. Sok kalu dah terbunting sapa nak tanggunjawab?? Pikir laa sendiri..

Haha k sampai sini ja.. Jumpa lagi di lain masa.. Adios amigos.. Hasta pronto

2 comments:

Anonymous said...

aku suka part last. cinta ibarat kurap. fffuuuhhh

PiDoT_OtAi said...

euww.. haha.. layan jaa bro

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK