Monday, May 9, 2011

HARI-HARI SAYA SAYANG IBU SAYA



Entry kali khas untuk ibu yang tercinta, emak tersayang saya, Puan Ramlah Merjan bukan sempena hari Ibu tapi sempena atas apa yang telah beliau curahkan kepada saya dan keluarga..

Seorang bekas guru yang sangat berdedikasi tak kira untuk sekolah atau untuk keluarga, sangat menitik beratkan kekemasan mungkin sedikit perfectionist hehe, seorang yang agak garang tapi penyayang sebenarnya.. Itulah serba sedikit gambaran tentang mak saya

Kalau dulu mak selalu dok berleter kat kami adik beradik atas pelbagai sebab yang kami lakukan, sekarang mak dah tak macam dulu.. Setelah diserang strok hampir 5 tahun yang lalu, ia telah meragut pergi sedikit demi sedikit karakter seorang ibu yang saya kenal..

Mak lebih banyak berdiam, bukan bermaksud sombong, tetapi dia sudah hilang sedikit keupayaan untuk bercakap dan bekerja. Ditambah dengan penyakit 3 serangkai yang mak hadapi sedikit sebanyak menukar karakter mak saya..

Biar apapun yang berlaku saya tetap sayang mak saya sebab mak saya adalah segala-galanya bagi saya.. Ada satu post di FB yang sangat benar tentang mak.. Baca kat bawah ni...

"Perempuan datang dan pergi.. Yang masih setia cuma satu.. Yang masih sudi menerima saya cuma satu.. Yang tak kisah bagaimana rupa saya dan taraf hidup saya, cuma satu.. Yang mungkin kekal bersama saya hingga akhir hayat cuma satu.."

SELAMAT HARI IBU buat emak tersayang.. Puan Ramlah Merjan.. Love u mom (n_n)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK