Friday, May 27, 2011
BERAKHIRNYA FASA PELAJAR DEGREE
Alhamdulillah.. Setinggi-tingi syukur buat Yang Maha Esa atas segala kurnia dan inayah-Nya yang membolehkan dan memnerikan daku peluang untuk habiskan pengajian di peringkat sarjana muda ini..
Setelah hampir 6 tahun belajar (diploma 3 tahun di UTMKL dan degree 3 tahun lagi di UTM JB), Alhamdulillah akhirnya aku berjaya menghabiskan pengajian ini.. Walaupun tidaklah secemerlang mana, namun diharapkan dengan berkat doa semua aku akan berjaya memperoleh pekerjaan yang baik dan mengamalkan ilmu yang dimiliki..
2 bulan terakhir pengajian sangat memenatkan dan melelahkan.. Dunia bagai sempit, hanya aku dan diri aku dan projek aku dan tesis aku.. Dunia aku hanya berlegar pada perkara-perkara ini.. Sehingga hilang sekejap nikmat untuk bersuka-suka..
Hamun alhamdulillah segala onak duri dan ranjau telah berjaya ditebas dan Isnin yang lalu setelah supervisor menandatangani tesis aku, ku rasakan kasih sayang Tuhan mencurah-curah ke atas hamba-Nya yang serba lemah dan kerdil tiada daya ini..
Jutaan terima kasih buat supervisor daku, Assoc. Prof. Dr. Mohamad Kamal A.Rahim atas segala tunjuk ajar dan curahan ilmu serta bimbingan yang telah diberikan sepanjang daku menyiapkan projek dan tesis ini..
Kalau ramai yang nak tahu berkenaan apa projek daku ini, boleh semak kat sini.. hehe.. Dan disaat-saat akhir tajuk projek ku diubah.. "Design and Development of Rotating Antenna Platform"
Entry seterusnya akan ku bercerita lebih lanjut tentang projek ini.. hehe sebagai teaser untuk kalian terus membaca blog aku..
Labels:
DIARI PERIBADI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
tahniah.. ya.. dah abis belajar...
congrats!saya baru plan nak sambung master plak..:p
mia liana: arigato gozaimas kak hehe
farhana : yeah blaja sampai mati.. tak penah terhenti kamus hidup sebagai seorang pelajar ni sampai laa kita menutup mata.. chaiyok3 hehe
Post a Comment