Tuesday, May 3, 2011

OBAMA UMUM KEMATIAN OSAMA


Semalam dunia dikejutkan dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat yang diumumkan sendiri oleh presidennya Barack Obama mendakwa bahawa musuh nombor wahid mereka telah ditewaskan.. Osama Ben Laden telah mati ditembak..

Direct shot on the head semasa dia dan keluarganya cuba melarikan diri dari serangan tentera Amerika Syarikat di sempadan Afghanistan-Pakistan.. Dosebuah rumah agam mewah di bandar pendidikan dan pelancongan Abottabad, Pakistan. Dan mayatnya telah disemadikan di laut setelah di sempurnakan secara Islam..

ANDA PERCAYA???

Terpulang.. Artikel ini ditulis bukan untuk mensahihkan atau menidakkan berita yang mengejutkan dunia ni.. Sekadar mahu berkongsi.. Apa signifikannya berita ini kepada Muslim?? dan apa yang Barat dapat dari berita yang disebar luas oleh media ini??

Satu kenyataan dari Dr.Zakir Naik tentang apa yang Barat percaya pasal Muslim.. "ALL THE MUSLIMS ARE NOT A TERRORIST BUT ALL TERRORISTS ARE MUSLIMS".. Jadi apa yang kita nak buat lagi??

Sedang terroris yang sebenar masih rakus menjarah negara-negara Islam.. Menidakkan hak dan kedaulatan negara-negara Muslim.. Menceroboh sesuka hati dan menghisap keluar hasil mahsul bumi negara-negara yang menurut mereka adalah negara TERRORIS MUSLIM..

Dan yang menjadi tanda tanya, kenapa sekarang?? Kenapa bukan 10 tahun dulu di mana Amerika mendakwa mereka memiliki persenjataan dan alat perisikan tercanggih dunia?? Pasti ada persoalan yang belum terungkai. Ditengah hiruk pikuk dan resah gelisah Obama mahu meneruskan legasi kePRESIDENennya.. Dunia di alih perhatian dari campur tangan Amerika di Libya, Iraq, Afghanistan dan negara-negara lain..

Apa lagi yang boleh kita harapkan selain dari berdoa Allah memperkuatkan saf-saf perjuangan kita.. mempersatukan hati-hati saudara seagama dengan kita..

Sekadar itu.. Jumpa lagi..

Boleh baca berita disini

** maaf aku tak masukkan gambar mayat Osama kerana aku tak suka gambar yang mengganggu perasaan..

2 comments:

Professor said...

bro, depa bunuh watak yang depa reka sendiri. kononnya dengan timbulnya watak tu, depa dapat tuding jari pada dunia Islam. tapi akhirnya, depa sendiri yang pening kepala. gambar photoshop pun jadi la, janji nampak kawan tu mati. depa semakin pening kepala dengan kestabilan kuasa depa. senjata2 canggih yang dimiliki ternyata bukan solusi. kebangkitan rakyat muslim menakutkan depa. akhirnya, depa tak ubah macam pengecut, baling batu sembunyi tangan. tembak dari jauh, then buat alasan terrorist, keamanan, dan reda keadaan. itu sampah namanya. depa tak faham yang kekuatan jiwa adalah rahsia orang Islam. Imam HAB pernah berpesan, sumber pertama kekuatan orang-orang Islam itu datangnya dari hubungan mereka dengan Allah, dan sumber kedua kekuatan umat Islam ialah brotherhood. ukhuwah. Bukti dah ada. dan janji Allah itu pasti..

zulhilmi said...

janji Allah itu pasti dan pasti berlaku.. depa dah gerun la tu dengan kebangkita Islam di mana-mana

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK