Sunday, June 19, 2011

AYAHLAH HERO SAYA

Rasanya tak pernah pun aku story pasai ayah aku kat dalam blog ni..Setelah dua post pasai mak aku yang tersayang, rasanya kali ni biaq laa aku story sket pasai ayah aku plak yang satu tiada duanya..

Actually ayah aku ni agak cool orangnya, dia garang jugak tapi bertempat.. Dalam banyak hal mak yang selalu akan menggunakan ‘kekerasan’ dalam menghukum kami adik beradik berbanding ayah yang ‘gertak’nya saja buat kami berdua menikus haha..



Bersyukur aku dikurnia ayah yang begitu menitikberatkan soal agama.. Memang macam tu sejak dari kecik.. Selalu dia pesan jangan tinggai solat, jaga solat.. Dan dia sendiri tunjuk contoh supaya kami takdak alasan nak bangkang..

Paling best bila ayah bergaduh dengan mak, dia akan keluaq then balik beli makanan hehe so nanti mak akan 'sejuk' balik.. Memanglah tak semua orang sempurna, tapi sekurang-kurangnya dia dah jalankan tugas dia dengan baik dan tinggai kami pulak nak meneruskan legasi pembinaan keluarga lepas ni..

Ayah telah berkhidmat sebagai Juruteknik Awam JKR selama lebih 30 tahun sebelum bersara pada bulan Mac tahun lepas.. Banyak tempat jugak dah menerima khidmat ayah, antaranya JKR Kulim, Norwest co semasa pembinaan KLIA dan JKR Bukit Minyak..Dan nampaknya tugas selepas bersara lebih besar, bila mana beliau dilantik menjad Imam Kedua Masjid Jamek Ara Kuda sekaligus sebagai Pengerusi Kariah Masjid Jamek Ara Kuda..

Apapun saya sayang ayah saya.. Hehe.. Terima kasih ayah kerana menjadi ayah yang terbaik buat abang.. Dan insya Allah segala nasihat dan teguran ayah abang akan ikut dan laksanakan sebaiknya..



Selamat Hari Bapa buat Haji Yusoff Bin Khamis.. Allah jua yang dapat membalas segala jasa dan pengorbanan ayah..

4 comments:

I.N.S.A.N said...

Ayah kita adalah ayah yang terbaik di dalam dunia!!! Ko syg ayh ko..ak syg ayh aku!! okeyyyyy :)

PiDoT_OtAi said...

hehe jom.. sama2 sayang ayah masing2.. teringat kata-kata Mother's Teresa bila dia menang hadiah Nobel Keamanan.. Seorang wartawan bertanya apakah formula untuk mencapai dunia yang aman.. Dia dengan senyuman mengatakan "Go home and love your family"

SheyPull said...

xkn xde tipu...:P


JOM singgah blog saya nak...saye x faham la...knp ye...tolong jelaskan.

PiDoT_OtAi said...

sapa yang tipu bro???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK