Sunday, July 31, 2011
RAMADHAN KALI INI
Salam semua kawan2..
Sedar tak sedar Ramadhan dah pun menjelang.. Suka tak suka, kita kenelah mengharunginya.. Letih tak letih itulah berpuasa.. Semoga segala apa jua kerja buat kita digandkan dengan berkali ganda pahala oleh Allah jadda wa 'ala..
Ramadhan kali ini menjadi antara yang mencabar aku rasakan.. Kerana esok jugak merupakan hari pertama aku bergelar seorang pekerja disalah sebuah syarikat swasta terkeneal di ibu kota..
Kalau dulu time belajar, lepas subuh tido dulu seround dua then bangun kol 7.30 untuk pi kelas.. Then kol 3 bantai tido sampai kol 6.. Then baru jenjalan gi Bazar Ramadhan.. Takpun kalau nak save budget, buka posa jaa kat masjid.. Dah la makan free, sedap plak tu coz makan ramai2 dalam talam..
Tapi dah bergelar pekerja ni, aku pun tak tau apa nak expect.. Dalam kerabutan coz kena keluar dari comfort zone untuk bekerja di ibu kota metropolitan ni, aku menongkah jua arus yang melanda, demia meraih janji-Nya untuk mencari rezeki yang diberkati..
Apapun semoga ramadhan kali ini menjadi ramadhan kita yang terbaik.. Jom lipat gandakan amalan dan ibadat kita untuk meraih rahmat Allah.. Semoga kalian lebih bahagia dan ceria..
Labels:
RENUNGKAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment