Realiti hidup sentiasa mendahului dan melangkaui capaian akal fikiran kita yang terbatas.. Seringkali apa yang kita rencanakan tidak dapat kita penuhi kerana ada halangan di pertengahan jalan..
Lalu apakah kita mahu menangisi kegagalan itu selamanya.. Terus terduduk tidak berbuat apa-apa.. Apa sebelum ini kita tidak pernah gagal?? Dan apakah selepas ini kita tidak akan gagal lagi??
Setiap manusia yang lahir ke dunia punya jalan yang berbeza untuk mencapai matlamat yang sama.. Namun seringkali cubaan dan dugaan menjadikan jalan hidup penuh berliku.. Allah jualah Yang Maha Mengetahui akan keadaan hamba-hambaNya.. Perencaan-Nya sering tidak dapat ditebak kebaikannya kecuali setelah musibah berlalu pergi..
Semoga kesedihan yang ditanggung tidak membawa hamba kepada kuffur akan nikmat-Mu Ya Robb.. Ya Allah, hamba mohon berlindung dari perasaan yang tidak-tidak.. Hamba mohon diberi kekuatan..
3 comments:
moga Allah memudahkan urusan kita =)
amin Ya Robb.. Jazakallah akhi...
setiap yg berlaku ade hikmahnya... insyaallah...
Post a Comment