Monday, August 8, 2011

DUGAAN RAMADHAN KALI INI

Tidak di sangka kegembiraan untuk pulang bersahur dan berbuka bersama keluarga hujung minggu lepas berubah menjadi yang sebaliknya.. Mak saya di serang gejala HIGH BLOOD PRESSURE too high (hampir kepada strok)..

Bermula dengan mak dan ayah menyambut aku di stesen bas Kulim kira-kira jam 4 pagi, dan sempat bersahur bersama walaupun mak tak makan. Tiba-tiba mak jadi seperti cramp di tangan sebelah kiri..



Terjadi beberapa kali, lalu di bawa ke wad kecemasan Hospital Kulim untuk rawatan lanjut. Menjalani CT Scan di Hospital Sungai Petani. Alhamdulillah tiada pendarahan berlaku dan tiada blocking dalam mana-mana saraf di otak..

Cumanya ada beberapa sektor dalam otak dah mati selnya kerana tidak mendapat oksigen. Kemungkinan terjadi disebabkan jantung mengepam darah terlalu cepat, ada oksigen yang tak bleh sampai ke beberapa bahagian otak. Doktor terpaksa menahan mak di wad selama beberapa hari untuk pemerhatian lanjut. Dan mak sekarang sedang ditemani oleh mak chaq..



Alhamdulillah setakat aku balik petang semalam, mak dah boleh bercakap dan makan makanan lembut.. Alhamdulillah takdak apa-apa yang serius secara luarannya.. Tapi doktor perlu meletakkan mak dalam pemerhatian lagi..

Apapun mohon kawan-kawan doakan kesihatan mak saya ye.. Sempga cepat sembuh dan pulih seperti dulu.. Jazakallah hu khoiran kathira..

4 comments:

chaoiois said...

otai ak doakan mak hg chat selalo...

PiDoT_OtAi said...

amin.. jazakallah sahabat...

Miss Kimi said...

InsyaAllah, moga2 selamat semuanya

PiDoT_OtAi said...

amin.. thanks cik kimi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM EXCHANGE LINK